Wednesday, 22 June 2016

PENUBUHAN SYARIKAT SDN BHD


PENUBUHAN SYARIKAT SDN BHD
Syarikat Sdn Bhd ialah syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 dan berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Syarikat Sdn Bhd mempunyai banyak kelebihan berbanding Milikan Tunggal dan Perkongsian.

KELEBIHAN SYARIKAT SDN BHD
1)      Tiada tarikh luput syarikat

Jangka hayat syarikat SDN BHD tidak sama seperti Milikan Tunggal dan Perkongsian. Syarikat SDN BHD tidak mempunyai tarikh luput dan akan kekal sehingga syarikat tersebut muflis atau tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM) dan Akta Syarikat 1965 yang boleh digugur taraf oleh pihak SSM. Ia berbeza dengan Milikan Tunggal di mana syarikat tersebut akan terhapus sekiranya pemilik perniagaan tersebut meninggal dunia.

2)      Liabiliti terhad
Liabiliti ialah hutang syarikat atau beban. Liabiliti Syarikat SDN BHD hanya terhad kepada jumlah saham yang dilabur oleh pemegang saham. Contohnya jika syarikat mengalami kerugian, beban pemegang saham hanya terhad kepada jumlah saham yang dilabur di dalam syarikat tersebut. Ia merupakan satu kelebihan kepada pemegang saham untuk mengelakkan muflis atau bankrupt.

3)      Lebih teratur
Akta Syarikat 1965 menetapkan setiap syarikat SDN BHD mempunyai seorang atau lebih setiausaha syarikat. Antara tugas setiausaha syarikat ialah menasihati Pengarah di dalam setiap mesyuarat, memastikan kelancaran setiap mesyuarat, memastikan syarikat mematuhi semua undang-undang yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Akta Syarikat 1965 dan memastikan Statury Books dan Statutory Register di semak dari semasa ke semasa. Oleh yang demikian, Syarikat SDN BHD lebih teratur berbanding Milikan Tunggal dan Perkongsian.


4)      Boleh dipindah milik
Syarikat SDN BHD boleh dipindah milik ke pemilik yang lain. Ia adalah antara salah satu kelebihan yang paling ketara berbanding Milikan Tunggal dan Perkongsian. Jika pemegang saham yang sedia ada tidak lagi mahu mempunyai apa-apa liability terhadap syarikat tersebut, dia boleh memindah milik kepada orang lain dengan memindahkan sahamnya kepada pemegang saham yang baru. Oleh itu, jangka hayat syarikat akan berterusan sehingga tidak ada lagi asset di dalam syarikat atau syarikat ditutup secara sukarela atau ditutup oleh pihak SSM.

5)      Pelbagai cara untuk mendapatkan modal
Pinjaman daripada mana-mana bank atau institusi kewangan adalah dibenarkan untuk Syarikat SDN BHD. Selain itu, pemegang-pemegang saham boleh menambah modal syarikat pada bila-bila masa dengan persetujuan semua pemegang saham.



Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi kami :
Telefon : 03-5512 7515
Bizworld Centre, Lot 7, Kompleks KPPMS. Seksyen 3, Shah Alam, Selangor.

Waktu Operasi :
Isnin-Jumaat : 8.30 pagi – 5 petang
Rehat : 1 petang – 2 petang

Sabtu & Ahad : Tutup


No comments:

Post a Comment