Wednesday, 22 June 2016

MODAL YANG DIBENARKAN DAN MODAL BERBAYAR UNTUK SYARIKAT SDN BHD

MODAL YANG DIBENARKAN DAN MODAL BERBAYAR UNTUK SYARIKAT SDN BHD

Modal yang Dibenarkan
Modal minimum yang dibenarkan ialah  RM400,00 dengan nilai par sebanyak RM1 untuk setiap saham. Modal yang dibenarkan ialah modal yang dibenarkan untuk melabur di dalam sesebuah syarikat. Modal yang dibenarkan bukan jumlah wang yang perlu ada di dalam akaun bank. Ia bermaksud tahap maksimum modal atau saham di dalam sesebuah syarikat. Modal yang dibenarkan boleh dinaikkan dari semasa ke semasa sehingaa RM500,000, RM1,000,000 dan seterusnya.

Modal Berbayar
Modal berbayar ialah jumlah wang yang perlu ada di dalam akaun bank syarikat. Jumlah minimum modal berbayar ialah RM2 sehingga mencecah tahap modal yang dibenarkan sesebuah syarikat.

Contoh : Syarikat ABC telah menetapkan modal yang dibenarkan untuk syarikatnya ialah sebanyak RM400,000. Pemegang-pemegang saham Syarikat ABC telah melabur sebanyak RM2,500 untuk kali yang pertama. RM2,500 ialah jumlah duit yang telah ada di dalam akaun bank Syarikat ABC selepas pelaburan kali pertama. Oleh itu, baki jumlah modal yang boleh dilabur oleh Syarikat ABC di masa hadapan hanya tinggal RM397,500. Sekiranya jumlah duit di dalam akaun bank syarikat telah mencecah RM400,000 dan pemegang saham masih mahu melabur sejumlah wang, Syarikat ABC perlu menaikkan Modal yang Dibenarkan ke RM500,000.













Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi kami :
Telefon : 03-5512 7515
Bizworld Centre, Lot 7, Kompleks KPPMS. Seksyen 3, Shah Alam, Selangor.

Waktu Operasi :
Isnin-Jumaat : 8.30 pagi – 5 petang

Rehat : 1 petang – 2 petang

1 comment:

  1. How Much is Titanium Worth? - TitaniumArts
    How much aluminum vs titanium is the edge of the TEN titanium trim walmart TEN TEN TEN TEN TEN TEN TEN TEN TEN TEN TEN TEN TEN TEN TEN TEN TEN TEN 2019 ford edge titanium for sale TEN titanium hair trimmer TEN TEN TEN titanium teeth k9 TEN TEN TEN TEN

    ReplyDelete